Maklumat Penanaman Angelonia Serena

Maklumat Penanaman

Angelonia Serena

(Angelonia angustifolia)

Percambahan

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.0 dan EC 0.75 mmhos/cm dengan nisbah ekstrak 1:2

Semaian
Saiz dulang dari 406 hingga 128. Jangan tutup atau masukkan biji benih dalam tanah. Percambahan akan mengambil masa 4 hingga 5 hari.

Suhu
Percambahan: 72 hingga 76°F (22 hingga 24°C)

Cahaya
Peringkat 1: 10 f.c. (100 Lux) atau lebih tinggi. Cahaya adalah diperlukan untuk percambahan. Biji benih tidak akan bercambah dalam kegelapan.

Penghasilan Anak Benih

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit serta tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.0 dan EC 0.75 mmhos/cm dengan nisbah ekstrak 1:2.

Semaian
Saiz dulang dari 406 hingga 128. Jangan tutup atau masukkan biji benih dalam tanah. Percambahan akan mengambil masa 4 hingga 5 hari.

Suhu
Percambahan: 72 hingga 76°F (22 hingga 24°C)
Peringkat kotiledon: 68 hingga 72°F (20 hingga 22°C)
Daun sebenar: 65 hingga 70°F (18 hingga 21°C)
Anak benih: 64 hingga 68°F (18 hingga 20°C)

Cahaya
Peringkat 1: 10 f.c. (100 Lux) atau lebih tinggi. Cahaya adalah diperlukan untuk percambahan. Biji benih tidak akan bercambah dalam kegelapan. Selepas percambahan: 1,000 hingga 2,500 f.c. (10,000 hingga 30,000 Lux)
Selepas anak benih matang: Sehingga 5,000 f.c. (54,000 Lux) jika suhu boleh dikawal.

Kelembapan
Kekalkan kelembapan relatif pada tahap 95% sehingga kotiledon kelihatan.

Kelembapan Tanah
Kekalkan kelembapan pada tanah tetapi tidak tepu semasa Peringkat 1. Kurangkan tahap kelembapan selepas radikel menembusi media. Elakkan anak benih dari layu kerana ianya tidak dapat pulih dengan baik.

Pembajaan
Semasa kemunculan radikel: Gunakan N 50 hingga 75 ppm dari 15-0-15.
Semasa kotiledon membesar: Tingkatkan N ke 100 hingga 150 ppm.

Penggunaan Growth Regulator
Secara umumnya, growth regulator adalah tidak perlu dalam peringkat anak benih. Jika perlu, semburan B-Nine 5,000 ppm boleh digunakan.
Di Utara Eropah: Penggunaan 1 hingga 3 aplikasi Alar (64%) pada semburan 2 g/l telah diuji dan terbukit berkesan (jika perlu)

Pertumbuhan Sehingga Akhir

Media
Gunakan media yang telah dikeringkan dengan baik, bebas dari penyakit dan tidak bertanah dengan pH di antara 5.5 hingga 6.2 dan nutrien pendahuluan untuk media.

Suhu
Malam: 64 hingga 66¡ãF (18 hingga 19¡ãC)
Siang: 66 hingga 75¡ãF (19 hingga 24¡ãC)
Suhu purata setiap hari yang kurang dari 64¡ãF (18¡ãC) akan memperlambatkan kadar pertumbuhan secara dramatik.

Cahaya
Kekalkan kadar cahaya setinggi mungkin tetapi dengan suhu yang disarankan.

Penyiraman
Elakkan penyiraman yang terlampau banyak atau sedikit.

Pembajaan
Bubuh baja setiap minggu dengan kadar N 200 ppm dalam baja yang lengkap.

Growth Regulator
Tangki dengan campuran B-Nine 2,500 ppm dan Cycocel 750 hingga 1,500 ppm adalah growth regulator yang paling efektif bagi Angelonia. Kadar Cycocel boleh diubah mengikut keadaan persekitaran. Gunakan kadar yang rendah dalam keadaan di mana masa siang adalah lebih dingin dan lebih pendek dan kadar yang lebih tinggi dalam keadaan yang lebih panas dan mempunyai masa siang yang lebih lama. Growth regulator boleh mula digunakan 2 minggu selepas pemindahan. Ulangi penggunaan mengikut keperluan. Bagi penanam dalam kawasan yang lebih panas, Bonzi 5 ppm boleh digunakan 2 minggu selepas pemindahan, menggantikan campuran tangki BNine / Cycocel.

Di Utara Eropah: Penggunaan 1 hingga 2 aplikasi Alar (64%) 5 gr/l dan Cycocel (75%) 0.5 ml/l telah diuji dan terbukti efektif. .

Petikan
Jangan petik tanaman ini! Biji benih Angelonia mempunayi percabangan secara basal yang semula jadi. Petikan akan memperlambatkan proses pembungaan yang akan menjadikan pertumbuhan tanaman ini tidak cantik.

Masalah Lazim
Serangga: Tiada masalah serius
Penyakit: Tiada masalah serius